Pada 26 Ogos 2011, seorang lelaki mendakwa menemui seorang bayi
ditinggalkan di depan sebuah pasar raya di bandar ini dan Selasa lalu, dia
ditahan selepas siasatan polis mendapati suspek adalah bapa bayi malang itu.
Tindakan bijak pegawai penyiasat kes yang meminta lelaki berusia
21 tahun itu untuk menyerahkan sampel asid deoxyribonucleic (DNA) selepas
mendapati hidung bayi serta lelaki terbabit serupa akhirnya berjaya membongkar
penipuan berkenaan.
Ketika mendedahkan perkara itu, Ketua Polis
Daerah, Superintendan Abd Majid Mohd Ali berkata, hasil ujian DNA dilakukan
Jabatan Kimia diperoleh pihaknya Selasa lalu, suspek terus ditahan di
kediamannya di Felda Selancar untuk membantu siasatan.
“Kami menahan suspek yang bekerja sendiri pada jam 10 pagi, dia
tidak mengakui melakukan kegiatan terkutuk itu, tetapi keputusan DNA
membuktikan sebaliknya.
“Kami berhempas pulas menyelesaikan kes ini kerana tidak puas hati
dengan sikap mereka yang membuang bayi, syukur kerana tindakan bijak pegawai
penyiasat dibantu dengan pegawai juga anggota lain berjaya membongkar penipuan
itu,” katanya, semalam.
Pada masa sama, menurut Majid, pihaknya turut menahan teman wanita
suspek yang berusia 18 tahun yang bekerja di sebuah kedai makan di Jalan
Genuang, kerana disyaki melahirkan bayi perempuan berkenaan.
Hasil siasatan awal, remaja perempuan terbabit mengaku melahirkan
serta membuang bayi itu di depan pasar raya berkenaan.
“Kedua-dua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen
317 kerana membuang bayi, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun
dan denda,” katanya.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, pada tarikh berkenaan,
seorang lelaki mendakwa menemui bayi di dalam kotak diletakkan di depan pasar
raya berkenaan pada jam 5 pagi ketika mahu bersahur.
Lelaki berkenaan kemudiannya mendakwa membawa pulang bayi itu ke
kediamannya untuk dibersihkan dan diberikan pakaian baru sebelum dibawa ke Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.
Bayi itu kini ditempatkan di pusat jagaan Tengku Ampuan Fatimah,
Kuantan, Pahang untuk tempoh dua tahun sementara menunggu tindakan susulan.
Ibn Umar pernah berkata bahawasa Rasulallah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengabaikan anaknya dan mencelanya di dunia ini, maka Allah yang Maha Suci dan Maha Tinggi akan membongkar cacat celanya pada hari kiamat di hadapan para saksi sebagai balasan yang setimpal."
Al-Khasykhasyas al-Anbari pula berkata: "Aku datang menghadap Rasulallah s.a.w dengan membawa anak lelaki. Baginda bertanya (yang bermaksud): "Apakah ini anakmmu?". Saya menjawab: "Ya". Baginda kemudian bersabda: "Jangan sampai engkau menyakitinya dan jangan pula dia menyakitimu."
Mu'az bin Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai hamba yang tidak akan diajak bercakap pada hari kiamat, tidak akan disucikan dan tidak akan dilihatnya." Seorang sahabat bertanya: "Siapakah orang itu ya Rasulallah?" Baginda menjawab (yang bermaksud): "Orang yang lepas tangan daripada kedua-dua orang tuanya, benci kepada kedua-duanya dan orang yang berlepas tangan daripada anaknya."
Cukup peringatan-peringatan diatas menggambarkan bagaimana pandangan Islam terhadap mereka yang membiarkan anak-anak mereka, apatahlagi membuang bayi.
Kami yakin, semua agama mengharamkan pembuangan bayi dan memandang keji perbuatan tersebut. Agama Islam lebih-lebih lagi.
Abu Hurairah meriwayatkan:
“Bahawasanya Rasulallah s.a.w mencium Husin Bin Ali r.a (cucu baginda), maka berkatalah Al-Aqra’ bin Habbas: ‘Sesungguhnya bagiku ada sepuluh orang anak tetapi aku tidak pernah mencium satu pun dari mereka.’ Maka bersabdalah baginda: ‘Barangsiapa tidak merahmati, dia tidak dirahmati.’
Hadis ini menceritakan bagaimana baginda Rasulallah menegur sikap seorang sahabat yang tidak pernah menzahirkan kasih saying terhadap anaknya. Baginda mengingatkan, barangsiapa tidak merahmati atau mengasihi, maka Allah tidak merahmatinya. Baginda menyarankan kepada umatnya supaya mengasihi zuriat masing-masing dan bergaul mesra dengan mereka agar ikatan kekeluargaan yang kukuh terbina.

Minta para viewer beri pandangan
ReplyDelete