Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan Rasulullah bagi
seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan
kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan
benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia,
mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan
erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.
Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan
kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun Nabi Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir
bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan
mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Dalam Islam, Nabi Muhammad merupakan
pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa. Beliau juga digelar Al Amin yang bermaksud 'yang terpuji'.
Ø
571M- Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, pada hari Isnin, 12
Rabiulawal (20
April 571M).
Ø
610M- Nabi Muhammad menerima wahyu
pertama di Gua Hira'.
Ø
615M- Orang Muslim didera oleh puak Quraish. Hijrah pertama ke Habsyah.
Ø
616M- Saidina Hamzah dan Saidina Umar memeluk Islam. Hijrah kedua ke Habsyah.
Ø
619M- Khadijah (isteri nabi) dan Abu Talib (bapa saudara nabi) meninggal dunia. Melawat Taif. Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku.
Ø
621M- Baiat Aqabah 1
Ø
622M- Baiat Aqabah 2. Hijrah ke Madinah. Daulah Islamiyah dibina.
Ø
624M- Perang Badar.
Ø
625M- Perang Uhud.
Ø
627M- Perang Ahzab.
Ø
628M- Perjanjian Hudaibiyah.
Ø
629M- Perang Khaibar dan dalam menentang tentera Rom Byzantine, baginda menghantar tentera Islam dalam Perang Mu'tah.
Ø
630M- Pembukaan Makkah. Perang Hunain.
Ø
631M- Perang Tabuk.
Ø
632M- Kewafatan Nabi Muhammad
Perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah.
No comments:
Post a Comment