Tamadun Islam - Asal Usul

Alam Melayu yang lebih terkenal dengan nama “Semenanjung Tanah Melayu” adalah termasuk salah satu pulau dari beberapa gugusan pulau-pulau Melayu di rantau ini , antara lain : Borneo, Sumatera, Kepulauan Riau, Jawa, Pulau Maluku, Pulau Luzon, dan Pulau Mindanau. Menurut sejarah, penduduk di Alam Melayu pada peringkat permulaannya adalah terdiri dari etnik Melayu dan etnik asli. Kedua-dua etnik ini jarang mengadakan interaksi dan membuat perhubungan di antara satu sama lain kerana tempat tinggal mereka berbeza, di mana orang-orang Melayu tinggal di persisir, manakala orang-orang asli pula tinggal di pendalaman.

Oleh kerana alat berkomunikasi dan perhubungan pada zaman dahulu hanya melalui jalan air, seperti sungai dan kuala, maka telah memberi keuntungan besar kepada masyarakat Melayu. Mereka telah cepat mendapat dan menerima kemajuan berbanding dengan orang-orang asli kerana setiap hari ada sahaja orang yang keluar masuk melaui jalan ini. Jadi secara langsung atau tidak, masyarakat Melayu boleh dikatakan sentiasa berinteraksi di antara satu sama lain dalam semua aspek termasuk agama.


Alam Melayu merupakan antara kawasan yang strategik yang amat diminati oleh pelbagai kuasa besar di dunia. Ini adalah kerana laut sebagai tempat laluan mereka yang tenang dan aman lantaran kedudukannya yang terletak di antara dua banjaran besar iaitu Tanah Besar Semenanjung dan Sumatera. Oleh itu tidaklah menghairankan jika Alam Melayu telah menjadi rebutan di antara kuasa-kuasa dunia dalam pelbagai bidang seperti kepercayaan-kepercayaan tertentu, penyebaran agama-agama besar dunia, politik, dan budaya.



Tamadun Islam merupakan salah satu tamadun terunggul di dunia. Tamadun Islam berkembang dari Semenanjung Tanah Arab oleh Nabi Muhammad s.a.w. selepas menerima wahyu pertama. Kerajaan Islam yang pertama di dunia berada di Madinah semasa Baginda berhijrah ke Madinah pada tahun 622M.  Pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.



No comments:

Post a Comment