Evolusi sistem tulisan Cina berlaku sejak 1500 tahun yang lalu, dan banyak aksara Cina yang kuno tidak jelas lagi. 4% aksara Cina berpunca daripada piktogram individu dan dalam kebanyakan kes sedemikian hubungan ini tidak semestinya jelas kepada pembaca masa kini. Bagi 96% yang lain, sebilangannya adalah agregat logik iaitu aksara yang digabung daripada pelbagai bahagian yang menandakan maksud. Piktogram hanya membentuk satu pecahan kecil daripada semua aksara Cina. Walaupun berasal daripada gambar, namun aksara-aksara dalam kategori ini telah mengalami pemiawaian, pemudahan, dan penggayaan agar mudah ditulis, maka asal-usul aksara sedemikian tidak sentiasa jelas.
Piktogram sistem tulisan Cina.
Gugusan piktofonetik mewakili kategori aksara terbesar dalam tulisan Cina moden. Aksara-aksara sedemikian biasanya terdiri daripada dua bahagian: satu piktograf yang menyatakan maksud am aksara terbabit, dan bahagian fonetik yang dberpunca daripada aksara yang disebut dalam cara yang sama atau serupa dengan perkataan yang diwakili aksara baru itu.
Selain gugusan piktofonetik dan piktogram, terdapat beberapa lagi faktor yang mempengaruhi pembentukan aksara Cina. Contohnya;
-Ideograf
-Agregat logik
-Pengubahan hubungan
-Pinjaman
Mengapa sistem tulisan Cina mengalami evolusi dari segi aksara?
Ia kerana sistem tulisan Cina pada masa dulu sukar ditulis. Oleh itu, tulisan Cina pada masa kini (dikenali sebagai tulisan Cina ringkas) adalah untuk memudahkan penulisan. "Menjelaskan Aksara Mudah dan Menganalisa Aksara Rumit", sebuah kamus yang dikarang oleh Xu Shen mengandungi kira-kira 10000 aksara yang disusun secara sistematik.

No comments:
Post a Comment