Tamadun China / Hwang-Ho - Asal-usul

Tamadun China berasal dari beberapa rantau tertentu yang berdekatan dengan Sungai Hwang-Ho atau dikenali sebagai Sungai Kuning pada awal 5000 S.M. Sungai Kuning merupakan sungai yang ke-6 paling panjang di dunia dan yang terpanjang di China. Ia mempunyai sumber air yang banyak dan lembah Sungai Kuning mempunyai tanah loes yang subur, sesuai untuk kegiatan pertanian. Sungai Kuning amat terkenal kerana ia dikenali sebagai tempat permulaan Tamadun China di Asia. Pada lewat zaman Neolitik, lembah Sungai Kuning mula memperkukuh kedudukannnya sebagai sesuatu pusat kebudayaan. Desa-desa yang pertama sekali ditubuhkan berasal dari lembah Sungai Kuning dan desa yang terpenting dari segi archeologi dijumpai di Banpo, Xi'an.


Sungai Hwang-Ho (juga dikenali sebagai Sungai Kuning)




No comments:

Post a Comment