Tamadun China - Sumbangan

Berikut merupakan sumbangan Tamadun China yang memberi impak yang besar terhadap dunia dan ilmu/ajarannya masih diamalkan sehingga ke hari ini.


Ajaran
Confucius
Tamadun China merupakan tempat kemunculan ajaran utama di dunia, iaitu Confucianisme dan Taoisme. Ajaran Confunisme diasaskan oleh Confucius yang lahir pada sekitar 551 S.M. di negeri Lu (di Shantung). Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Namun demikian, beliau telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk menyebarkan ideanya kepada penduduk China. Masyrakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan tokoh Conficius telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China. Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan, kesusilaan, dan ketaatan kepada ibu bapa. Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseprang itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan masyarakat.






Lao Tze
Taoisme pula  muncul agak lewat berbanding dengan ajaran Confuicianisme. Pengasas kepada ajaran ini ialah Lao Tze. Beliau lahir di negeri Chu pada sekitar tahun 604 S.M.. Beliau juga pernah bekerja di negeri Chou. Seperti Confucius, Lao Tze juga telah mengembara ke luar untuk menyebar pengaruhnya. Beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk "Tao Te Ching" yang mengandungi idea falsafah Taoisme. Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama. Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao. Oleh sebab itu manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlku. Keadaan ini dirujuk oleh Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan. Jika manusia bertindak, maka, perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia. Oleh sebab itu Lao Tze tidak menyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan. 


Kertas
Kertas Pertama di Dunia
Sumber-sumber sejarah rasmi banyak menyebutkan bahawa abad kedua masihi sebagai masa di mana kertas pertama di buat di Cina oleh T’sai Lun, tepatnya sekitar tahun 105 M. Sebelum masa T’sai Lun, orang cina menulis atas tablet-tablet kayu yangamat berat untuk diangkat. Oleh itu,muncullah suatu pemikiran dari seorang pegawai istana yang bernama T’sai Lun untuk membuat alternatif media tulisan.
T’sai Lun berfikir jika beliau membuatnya dengan cara yang sama seperti membuat pakaian, iaitu menjalin beratus-ratus benang, ia tidak akan menjadi praktikal dan tentunya akan membawa kos pembuatan yang tinggi. Akhirnya dia dapat mencipta kertas dengan mencampur bubur dari serat-serat batang ganja dan serat-serat batang murbei, kemudian bahan itu di endapkan hingga bercampur dan serat-serat tersebut membuat jalinan yang saling mengikat dengan sendirinya. Setelah campuran tersebut dibiar supaya air menguap, terbentuklah sebuah kertas pertama yang ringan, mudah diangkat dan dapat ditulis.
Kompas
Kompas Pertama di Dunia
Kompas yang pertama juga dicipta oleh penduduk China. Sebernanya, tujuan utama penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja. Kompas itu diperbuat daripada kayu dan sebatang sudu magnet.
 Semasa dinasti Han (206SM - 220SM) sifat-sifat magnet sudah diketahui di negara China. Antara kurun pertama dengan kurun ke-6, orang Cina sudah pun menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan (induced magnetism), dan menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) dikuasai. Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, orang Cina telah menghasilkan kompas, yang pada mulanya untuk digunakan di kapal.

No comments:

Post a Comment