Pembentukan Bandar
Penduduk Cina mendirikan perkampungan yang tetap di Sungai Kuning kerana is sesuai untuk pertanian dengan tanah loes yang subur dan sumber air yang berlebihan. Perkampungan ini berkembang dengan pesat dan mengalami urbanisasi dan seterusnya menjadi bandar. . Contoh bandar atau negara kota yang wujud ialah Kota Shang (2000 SM) dan Anyang (1800 SM).
Pembentukan Kerajaan
Setiap kota mempunyai kerajaan sendiri, sehingga Raja Shang meluaskan wilayahnya dengan menawan kota-kota lain. Selepas itu, beliau meluaskan kuasa tenteranya sehingga kota-kota yang lemah menyerah diri secara sukarela kepada Raja Shang. Kerajaan beribu kota di Anyang. Setiap orang bangsawan akan diberi wilayah untuk ditadbir secara turun-temurun. Kerajaan Shang ini kemudian diguling oleh Wu Wang dari Kerajaan Chou kerana kezaliman raja Shang yang bernama Zhou Hsin.
Perkembangan Teknologi
Sains dan teknologi sudahpun berkembang semasa Dinasti Shang, dan bertambah kembang pada zaman Dinasti Chou. Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata dan alat pertanian, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan sebagai alat perhiasan, sutera dihasilkan dan sistem kalendar dan perpuluhan diperkenalkan. Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan.
Pengkhususan Kerja
Raja dianggap sebagai anak tuhan iaitu Tian Zhi, maka baginda berkuasa memerintah negara dengan penuh berkuasa. Baginda juga merupakan "Tuan Tanah" dan bangsawan pula merupakan "Penyewa Tanah". Golongan bangsawan akan dianugerahkan sebuah wilayah untuk ditadbir secara mutlak dan sebahagian hasil yang diperolehi akan diserah kepada raja. Golongan bangsawan ini juga mewujudkan sistem pemerintahan birokrasi di bahagian pusat di mana jabatan-jabatan seperti kewangan, pasukan bersenjata, undang-undnag diwujudkan. Di antara kurun ke-8-3 SM, golongan ini menjadi terlalu kuat dan kerajaan pusat tidak lagi berupaya mengawal kuasa mereka. Golongan petani pula bekerja sebagai pencucuk tanam ataupun penternak binatang. Hasil yang diperolehi akan diserahkan sebahagian kepada bangsawan sebagai cukai. Seterusnya, artisan, peniaga dan askar masing-masing menjalankan kewajipan mereka mengikut kemahirannya.
No comments:
Post a Comment