sains&teknologi dalam tamadun india kegunaan dalam zaman kini
Penggunaan dalam bidang matematik terutama dalam sifar atau kosong.Setelah nombor sifar ditemui mewujudkan nombor negatif yang kita mengenali masa ini.Selain angka sifar satu lagi sumbangan penting mereka ialah dalam penciptaan  sistem perpuluhan yang terus digunakan hingga kini.

Di samping itu, Astronomi telah diperkenalkan.Ahli matematik India mengajikan ilmu astronomi dan mereka telah mula membangunkan ilmu Algebra.Astronomi India sudah pun mengetahui yang bintang adalah sama seperti matahari yang merupakan pusat kepada sistem solar dan tentang medan graviti yang kita sekarang mengetahui.



Kes Pembuangan Bayi mengikut pandangan Islam

Bayi Dijumpai, Rupanya Anak Sendiri

Pada 26 Ogos 2011, seorang lelaki mendakwa menemui seorang bayi ditinggalkan di depan sebuah pasar raya di bandar ini dan Selasa lalu, dia ditahan selepas siasatan polis mendapati suspek adalah bapa bayi malang itu.
Tindakan bijak pegawai penyiasat kes yang meminta lelaki berusia 21 tahun itu untuk menyerahkan sampel asid deoxyribonucleic (DNA) selepas mendapati hidung bayi serta lelaki terbabit serupa akhirnya berjaya membongkar penipuan berkenaan.
Ketika mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Majid Mohd Ali berkata, hasil ujian DNA dilakukan Jabatan Kimia diperoleh pihaknya Selasa lalu, suspek terus ditahan di kediamannya di Felda Selancar untuk membantu siasatan.
“Kami menahan suspek yang bekerja sendiri pada jam 10 pagi, dia tidak mengakui melakukan kegiatan terkutuk itu, tetapi keputusan DNA membuktikan sebaliknya.
“Kami berhempas pulas menyelesaikan kes ini kerana tidak puas hati dengan sikap mereka yang membuang bayi, syukur kerana tindakan bijak pegawai penyiasat dibantu dengan pegawai juga anggota lain berjaya membongkar penipuan itu,” katanya, semalam.
Pada masa sama, menurut Majid, pihaknya turut menahan teman wanita suspek yang berusia 18 tahun yang bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Genuang, kerana disyaki melahirkan bayi perempuan berkenaan.
Hasil siasatan awal, remaja perempuan terbabit mengaku melahirkan serta membuang bayi itu di depan pasar raya berkenaan.
“Kedua-dua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 kerana membuang bayi, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda,” katanya.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, pada tarikh berkenaan, seorang lelaki mendakwa menemui bayi di dalam kotak diletakkan di depan pasar raya berkenaan pada jam 5 pagi ketika mahu bersahur.
Lelaki berkenaan kemudiannya mendakwa membawa pulang bayi itu ke kediamannya untuk dibersihkan dan diberikan pakaian baru sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.
Bayi itu kini ditempatkan di pusat jagaan Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang untuk tempoh dua tahun sementara menunggu tindakan susulan.



Ibn Umar pernah berkata bahawasa Rasulallah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengabaikan anaknya dan mencelanya di dunia ini, maka Allah yang Maha Suci dan Maha Tinggi akan membongkar cacat celanya pada hari kiamat di hadapan para saksi sebagai balasan yang setimpal."

Al-Khasykhasyas al-Anbari pula berkata: "Aku datang menghadap Rasulallah s.a.w dengan membawa anak lelaki. Baginda bertanya (yang bermaksud): "Apakah ini anakmmu?". Saya menjawab: "Ya". Baginda kemudian bersabda: "Jangan sampai engkau menyakitinya dan jangan pula dia menyakitimu."
Mu'az bin Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai hamba yang tidak akan diajak bercakap pada hari kiamat, tidak akan disucikan dan tidak akan dilihatnya." Seorang sahabat bertanya: "Siapakah orang itu ya Rasulallah?" Baginda menjawab (yang bermaksud): "Orang yang lepas tangan daripada kedua-dua orang tuanya, benci kepada kedua-duanya dan orang yang berlepas tangan daripada anaknya."



Cukup peringatan-peringatan diatas menggambarkan bagaimana pandangan Islam terhadap mereka yang membiarkan anak-anak mereka, apatahlagi membuang bayi.
Kami yakin, semua agama mengharamkan pembuangan bayi dan memandang keji perbuatan tersebut. Agama Islam lebih-lebih lagi.


Abu Hurairah meriwayatkan:
“Bahawasanya Rasulallah s.a.w mencium Husin Bin Ali r.a (cucu baginda), maka berkatalah Al-Aqra’ bin Habbas: ‘Sesungguhnya bagiku ada sepuluh orang anak tetapi aku tidak pernah mencium satu pun dari mereka.’ Maka bersabdalah baginda: ‘Barangsiapa tidak merahmati, dia tidak dirahmati.’

Hadis ini menceritakan bagaimana baginda Rasulallah menegur sikap seorang sahabat yang tidak pernah menzahirkan kasih saying terhadap anaknya. Baginda mengingatkan, barangsiapa tidak merahmati atau mengasihi, maka Allah tidak merahmatinya. Baginda menyarankan kepada umatnya supaya mengasihi zuriat masing-masing dan bergaul mesra dengan mereka agar ikatan kekeluargaan yang kukuh terbina.




Nabi Muhammad S.A.W


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun Nabi Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Dalam Islam, Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa. Beliau juga digelar Al Amin yang bermaksud 'yang terpuji'.
Ø  571M- Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M).
Ø  610M- Nabi Muhammad menerima wahyu pertama di Gua Hira'.
Ø  615M- Orang Muslim didera oleh puak Quraish. Hijrah pertama ke Habsyah.
Ø  616M- Saidina Hamzah dan Saidina Umar memeluk Islam. Hijrah kedua ke Habsyah.
Ø  619M- Khadijah (isteri nabi) dan Abu Talib (bapa saudara nabi) meninggal dunia. Melawat Taif. Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku.
Ø  621M- Baiat Aqabah 1
Ø  622M- Baiat Aqabah 2. Hijrah ke Madinah. Daulah Islamiyah dibina.
Ø  624M- Perang Badar.
Ø  625M- Perang Uhud.
Ø  627M- Perang Ahzab.
Ø  628M- Perjanjian Hudaibiyah.
Ø  629M- Perang Khaibar dan dalam menentang tentera Rom Byzantine, baginda menghantar tentera Islam dalam Perang Mu'tah.
Ø  630M- Pembukaan Makkah. Perang Hunain.
Ø  631M- Perang Tabuk.
Ø  632M- Kewafatan Nabi Muhammad Perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah.

Sejarah Tamadun Islam


Islam bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul yang terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira', Arab Saudi.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua HiraMalaikat Jibril mendatangi Nabi Muhammad S.A.W. . Malaikat Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah s.w.t. di telinganya.Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Nabi Muhammad S.A.W. untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya,Malaikat Jibril berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah dikumpulkan dalam Al-Quran .
Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.
Kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti Kerajaan Bani Umaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, Kerajaan Seljuk Turki Seljuk, Empayar Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India(1526M – 1857M), dan Kesultanan Melayu Melaka(1402M – 1511M) telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia selepas Nabi Muhammad S.A.W. wakaf dan juga selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Kegemilangan Islam(750M – 1250M).
Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir pun tumbang.

Khulafa al-Rasyidin(632M – 661M)
·         632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifahUsamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
·         633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
·         634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
·         635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.
·         636M- Penaklukan SyriaMesopotamia, dan Palestin.
·         637M- Mesir ditawan.
·         638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
·         640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
·         644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affanmenjadi khalifah.
·         645M- Kempen di Afrika UtaraCyprus ditakluk.
·         646M- Kempen menentang Byzantine.
·         647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. EmpayarParsi Sassanid ditumpaskan.
·         648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
·         656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
·         657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah keKufahPerang Siffin meletus.
·         659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
·         661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
·         661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dll.

Kerajaan Bani Ummaiyyah(661M – 750M)
·         661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
·         670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
·         677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atasConstantinople.
·         680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhanSaidina Hussein.
·         685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
·         700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
·         711M- Penaklukan SepanyolSind, dan Transoxiana.
·         712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
·         713M- Penaklukan Multan.
·         716M- Serangan ke atas Constantinople.
·         717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
·         725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
·         749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di KufahIraq ditangan tenteraAbbasiyyah.
·         750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Kerajaan Bani Abbasiyyah(750M – 1260M)
  • 752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
  • 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
  • 756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani [[Ummaiyyah Sepanyol.
  • 763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
  • 786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
  • 792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
  • 800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
  • 805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
  • 809M- Kewafatan Harun al-RashidAl-Amin dilantik menjadi khalifah.
  • 814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
  • 1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
  • 1005M- Multan dan Ghur ditawan.
  • 1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
  • 1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
  • 1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
  • 1095M- Perang Salib pertama berlaku.
  • 1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
  • 1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
  • 1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
  • 1194M- Tentera Muslim menawan DelhiIndia.
  • 1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
  • 1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
  • 1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.

Empayar Turki Uthmaniyyah(1243M – 1924M)
  • 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
  • 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
  • 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
  • 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
  • 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
  • 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
  • 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
  • 1453M- Constantinople ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantine.
  • 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
  • 1526M- Perang Mohacs
  • 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
  • 1571M- Perang Lepanto berlaku.
  • 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
  • 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
  • 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
  • 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
  • 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
  • 1792M- Perjanjian Jassy.
  • 1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
  • 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
  • 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
  • 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
  • 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
  • 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
  • 1829M- Perjanjian Adrianople.
  • 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
  • 1841M- Konvensyen Selat.
  • 1853M- Bermulanya Perang Crimea.
  • 1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
  • 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
  • 1878M- Kongres BerlinSerbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
  • 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
  • 1912M- Perang Balkan pertama.
  • 1913M- Perang Balkan kedua.
  • 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
  • 1919M- Mustafa Kemal Atatürk mendarat di Samsun.
  • 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
  • 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.