Islam bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul yang
terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira', Arab Saudi.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang
bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi
Nabi Muhammad S.A.W. . Malaikat Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu
Allah s.w.t. di telinganya.Baginda menjawab, "Saya tidak tahu
membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Nabi Muhammad S.A.W. untuk
membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya,Malaikat Jibril berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama
Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama
Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis,
membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Ini merupakan wahyu pertama
yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu
turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri
wahyu ini telah dikumpulkan dalam Al-Quran .
Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam
berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur.
Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam
lain yang muncul.
Kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti Kerajaan Bani Umaiyyah, Kerajaan
Bani Abbasiyyah, Kerajaan
Seljuk Turki Seljuk, Empayar Turki
Uthmaniyyah, Empayar Moghul
India(1526M – 1857M), dan Kesultanan
Melayu Melaka(1402M – 1511M) telah menjadi antara empayar yang terkuat
dan terbesar di dunia selepas Nabi Muhammad S.A.W. wakaf dan juga selepas
pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan
sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Kegemilangan Islam(750M – 1250M).
Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke
tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu
empayar Islam terakhir pun tumbang.
Khulafa
al-Rasyidin(632M – 661M)
·
632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu
Bakar dilantik
menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai
ekspedisi ke Syria.
Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
·
633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
·
634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik
menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di
Tanah Parsi
·
635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.
·
636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
·
637M- Mesir ditawan.
·
638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh
tentera Islam.
·
640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling
Islam.
·
644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affanmenjadi khalifah.
·
645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
·
646M- Kempen menentang Byzantine.
·
647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai
oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine.
EmpayarParsi Sassanid ditumpaskan.
·
648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
·
656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik
menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
·
657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan
daripada Madinah keKufah. Perang Siffin meletus.
·
659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah
mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
·
661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan
Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat
sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
·
661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan
memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan
di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu
pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian
menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan
pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima
secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan
diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal
dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat
Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian
dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian
pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari
Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam
selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dll.
Kerajaan
Bani Ummaiyyah(661M – 750M)
·
661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani
Ummaiyyah.
·
670M- Mara ke Afrika Utara.
Penaklukan Kabul.
·
677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke
atasConstantinople.
·
680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki
takhta. Peristiwa pembunuhanSaidina Hussein.
·
685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai
bahasa rasmi kerajaan.
·
700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
·
711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
·
712M- Tentera Ummaiyyah mara
ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
·
713M- Penaklukan Multan.
·
716M- Serangan ke atas Constantinople.
·
717M- Umar bin Abdul
Aziz menjadi
khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
·
725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
·
749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan
tenteraAbbasiyyah.
·
750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah.
Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Kerajaan
Bani Abbasiyyah(750M – 1260M)
- 752M- Bermulanya Kerajaan Bani
Abbasiyyah.
- 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali.
Pembunuhan Abu Muslim.
- 756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan
Kerajaan Bani [[Ummaiyyah Sepanyol.
- 763M- Penubuhan kota Baghdad.
Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
- 786M- Harun al-Rashid menjadi
Khalifah.
- 792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
- 800M- Kaedah sainstifik
dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
- 805M- Kempen menentang Byzantine.
Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
- 809M- Kewafatan Harun
al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
- 814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin
terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
- 1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
- 1005M- Multan dan Ghur ditawan.
- 1055M- Baghdad ditawan oleh
tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk
bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila
tentera Mongol memusnahkan
Baghdad.
- 1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
- 1091M- Bangsa Norman tawan Sicily,
pemerintahan Muslim di sana tamat.
- 1095M- Perang Salib pertama
berlaku.
- 1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis.
Mereka membunuh semua penduduknya.
- 1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian.
Perang Salib kedua berlaku.
- 1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga
berlaku.
- 1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
- 1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di
Sepanyol).
- 1258M- Tentera Mongol menyerang
dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad.
Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
- 1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan
Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir
selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz menewaskan
tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.
Empayar
Turki Uthmaniyyah(1243M – 1924M)
- 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara
nomad menetap secara tetap di Asia
Kecil.
- 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan
kecil Turki di bawah Turki
Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
- 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya
sebagai sultan.
Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
- 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
- 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan
tentera Serb di Kosovo.
- 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan
tentera Uthmaniyyah di Ankara.
- 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi
pemerintah.
- 1453M- Constantinople ditawan
oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Berakhirnya
Empayar Byzantine.
- 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik
menjadi sultan.
- 1526M- Perang Mohacs
- 1529M- Serangan dan kepungan ke
atas Vienna.
- 1571M- Perang Lepanto berlaku.
- 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
- 1683M- Serangan dan kepungan ke atas
Vienna buat kali kedua.
- 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal
dunia.
- 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah
Sultan Ahmed III.
- 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
- 1792M- Perjanjian Jassy.
- 1793M- Sultan Selim
III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
- 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
- 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan
bangsa Serbia pertama.
- 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan
bangsa Serbia kedua.
- 1822M- Bermulanya perang
kemerdekaan Greece.
- 1826M- Pembunuhan beramai-ramai
tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah
di Navarino.
- 1829M- Perjanjian Adrianople.
- 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan
Greece.
- 1841M- Konvensyen Selat.
- 1853M- Bermulanya Perang Crimea.
- 1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
- 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah
diluluskan.
- 1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi
kuasa autonomi.
- 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan
Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan.
Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
- 1912M- Perang Balkan pertama.
- 1913M- Perang Balkan kedua.
- 1914M- Empayar Uthmaniyyah
memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa
tengah.
- 1919M- Mustafa Kemal Atatürk mendarat di Samsun.
- 1923M- Sistem kesultanan
dihapuskan. Turki diisytiharkan
sebagai sebuah Republik.
- 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan.
Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.